komuniti bandar Tawau


Sebagai sebuah Bandar baru biasa. Daerah Tawau yang bermula daripada sebuah perkampungan nelayan dengan hanya kira-kira 200 orang penghuni dalam tahun 1892 dan dalam tahun 1931 jumlah tersebut menjadi 1,840 orang. Jumlah ini meningkat lagi menjadi 4,282 orang dalam tahun 1951 dan dalam tahun 1997 ia meningkat ke paras yang lebih tinggi lagi iaitu 400,200 orang. Tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah awal Tawau terutama sebelum tahun-tahun 1890an. Walaupun demikian setelah Kesultaran Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris dengan termeterainya perjanjian yang ditandatangani pada (22.1.1878), Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (berpiagam) Borneo Utara.

Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas Pentadbiran Kerajaan Tempatan di situ. Oleh kerana Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan agar perselisihan faham dengan kekuasaan Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak timbul. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia menghuni dikawasan tersebut. Berikutan dengan itu satu Suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda. Sebuah laporan Bersama telah disediakan berserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

Penghijrahan pekerja-pekerja luar yang datangnya dari Negara jiran Indonesia dan Filipina adalah merupakan factor utama menyebabkan kepesatan pertumbuhan penduduk Daerah Tawau.

Penghijrahan pekerja-pekerja luar ini memang telah bermula sejak zaman sebelum sabah merdeka lagi. Daerah tawau yang pada masa itu merupakan sebuah daerah pengeluar Pisang Lanut (Manila Hemp) yang terbesar di Borneo Utara (nama lama Sabah) banyak mengimport pekerja dari luar terutamanya dari Negara Indonesia untuk menampung keperluan tenaga pekerjanya. Apabila perusahaan tersebut diberhentikan pada akhir tahun 1960an, ramai di antara pekerja-pekerja tadi terus menetap di Tawau.

Penghijrahan gelombang dua pekerja dari Indonesia ini berlaku pada pertengahan tahun 1960an hingga pertengahan tahun 1980an. Penghijrahan pada pertengahan tahun 1960an ini berlaku adalah disebabkan oleh pertumbuhan perusahaan pembalakan, sementara penghijrahan yang kemudiannya yang bermula dari awal tahun 1970an hinggalah pertengahan tahun 1980an pula disebabkan oleh perusahaan perladangan koko dan kelapa sawit yang pesat membangun pada masa itu.

Berhubung dengan penghijrahan dari Negara Filipina pula, walaupun pada asalnya ramai di antara mereka datang ke daerah ini untuk tujuan mencari pekerjaan dalam perusahaan pembalakan dan perladangan koko dan kelapa sawit. Tetapi peristiwa perang saudara yang berlaku di Selatan Filipina dalam awal tahun1970an adalah merupakan faktor utama membuat ramai daripada mereka lari ke Negeri Sabah dan Tawau adalah merupakan salah sebuah tempat tujuan mereka untuk mendapatkan perlindungan. Pada masa ini walaupun peperangan tersebut sudah reda, tetapi ramai di antara mereka tidak lagi mahu kembali ke Negara asal mereka. Kebanyakan penghijrah-penghijrah ini bekerja sebagai buruh-buruh binaan dan pembantu-pembantu kedai.

Penduduk Daerah Tawau adalah terdiri daripada berbagai suku bangsa seperti Melayu, Bajau, cina, Bugis, Tidung, Suluk, Jawa, Timor, Iban, Buton, Toraja, Kadazan, Banjar, Bisaya, Indonesia, India, Pakistan, Arab, Murut, Orang Sungai dan sebagainya.

Bandar Udara Tawau

Bandar Udara Tawau, terletak di Tawau adalah bandar udara kedua di Sabah yang mempunyai meja imigrashttp://www.blogger.com/img/blank.gifi untuk penerbangan internasional. Landasannya mampu menampung sebuah pesawat seri Airbus.

mytawau komuniti

Komuniti ini akan menjadi lokasi pusat pengarkiban gambar aktiviti rakan komuniti online tawau yang akan dipaut terus ke laman utama mytawau.com